SHOOTflySHOOT

Wednesday, July 24, 2013

RAMADHAN DAY 15

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk semua umat Islam untuk menjadi lebih produktif. Dalam erti kata bukan sahaja produktif dengan meningkatkan amal ibadah pada malam hari tetapi juga produktif melakukan kegiatan pada siang hari. Bulan Ramadhan bukan merupakan bulan untuk kita memberi alasan untuk tidak terus meningkatkan pencapaian kita.

Jika kita lihat kepada umat Islam dahulu, mereka bukan sahaja meningkatkan amal ibadah pada malam harinya, tetapi juga berjihad di jalan Allah pada siang harinya.


Sepatutnya pada bulan Ramadhan umat Islam perlu lebih produktif kerana hanya perlu memberi tumpuan kepada kerja sahaja, tanpa perlu memikirkan makan dan minum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...