SHOOTflySHOOT

Tuesday, July 30, 2013

RAMADHAN DAY 21

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, Kau kurniakanlah kasihku kepada Mu, moga bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu, wahai tuhan yang mengetahui segala isi hati, kau hadiahkanlah setiap rinduku hanya padaMu, moga rinduku akan terus berlabuh pada tiap kamar hati hanya padaMu...

Monday, July 29, 2013

RAMADHAN DAY 20

Du’a in the last ten days of Ramadhan by Shaikh Yasir Qadhi
“O Allah! Purify our hearts from hypocrisy, and our tongues from lying, and our deeds from showing off.”

Doa dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadhan oleh Shaikh Yasir Qadhi
"Ya Allah! Bersihkanlah hati kami dari kepura-puraan, dan lidah kami daripada berdusta, dan amalan kami daripada menunjuk-nunjuk. "

Sunday, July 28, 2013

RAMADHAN DAY 19

“You do not do evil to those who do evil to you, but you deal with them with forgiveness and kindness” – Muhammad PBUH (Bukhari)

Saturday, July 27, 2013

RAMADHAN DAY 18

Read Quran
The best cure to light your heart
Bacalah Al Quran
Penawar terbaik untuk menerangi hatimu

Friday, July 26, 2013

RAMADHAN DAY 17

“Patience is not being passive and waiting for a miracle, its to do everything possible to change your situation then leave it to ALLAH”


“Kesabaran bukan menjadi pasif dan menunggu keajaiban, ia adalah melakukan segala yang mungkin untuk mengubah keadaan anda, kemudian berserah kepada ALLAH”

Thursday, July 25, 2013

RAMADHAN DAY 16

“Pemberian akan meningkatkan rasa cinta kita antara satu sama lain” – Al Bukhari

Wednesday, July 24, 2013

RAMADHAN DAY 15

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk semua umat Islam untuk menjadi lebih produktif. Dalam erti kata bukan sahaja produktif dengan meningkatkan amal ibadah pada malam hari tetapi juga produktif melakukan kegiatan pada siang hari. Bulan Ramadhan bukan merupakan bulan untuk kita memberi alasan untuk tidak terus meningkatkan pencapaian kita.

Jika kita lihat kepada umat Islam dahulu, mereka bukan sahaja meningkatkan amal ibadah pada malam harinya, tetapi juga berjihad di jalan Allah pada siang harinya.


Sepatutnya pada bulan Ramadhan umat Islam perlu lebih produktif kerana hanya perlu memberi tumpuan kepada kerja sahaja, tanpa perlu memikirkan makan dan minum.

Tuesday, July 23, 2013

RAMADHAN DAY 14

“Da’wah is not to preach hard, but to reach heart”
Dari Abdullah bin Amr RadhiAllahuanhu Ta’ala bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda “Sampaikanlah daripadaku walau hanya satu ayat” (HR Bukhari)

Monday, July 22, 2013

RAMADHAN DAY 13

“The first step in knowledge is to listen, then to be quiet and attentive, then to preserve it, then to put it into practice, and then to spread it” (Sufyan ibnu ‘Uyainah)

Sunday, July 21, 2013

RAMADHAN 12

“ Your level of Iman can be measured in the consistency of your good deeds”

Saturday, July 20, 2013

RAMADHAN DAY 11

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’: 27).


Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud, “…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan” (Surah al-A’raf: 31).

Friday, July 19, 2013

RAMADHAN DAY 10

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Thursday, July 18, 2013

ISLAMIC WALLPAPER DARI ISLAMICAN.COM


Koleksi wallpaper islamic dari website islamcan.com.

RAMADHAN DAY 9

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)

Wednesday, July 17, 2013

REKOD TRANSIT (SEJARAH T1, GEOGRAFI T2 & BM T2)

RAMADHAN DAY 8

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )

Tuesday, July 16, 2013

ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS (TINGKATAN 2)

RAMADHAN DAY 7

# Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
# Bulan penuh keberatan.
# Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
# Amal sunat sama dengan solat fardhu.
# Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
# Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
# Bulan menambah rezeki.
# Memberi buka banyak pahala.
# Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
# 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Monday, July 15, 2013

RAMADHAN DAY 6

Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya...

Sunday, July 14, 2013

RAMADHAN DAY 5

 Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
Wink! Wink! J











Saturday, July 13, 2013

RAMADHAN WALLPAPER

Wallpaper yang menarik untuk Ramadhan ni.



TUKAR PDF KEPADA WORD

Saya nak kongsi satu link online, sangat hebat. http://www.pdfonline.com/ Boleh tukar fail PDF secara online dan ia adalah cepat. Lepas convert kepada word, boleh la kita edit fail tersebut dengan senang...


RAMADHAN DAY 4

Assalamualaikum…
Ramadhan Mabrukk! Harini nak kongsi beberapa hal tentang Ramadhan… J

Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) 

Friday, July 12, 2013

RAMADHAN MABRUK!!




Kartun Ramadhan yang comel ni aku ambil dari BrotherhoodArts Facebook. Boleh tolong like ye…



KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN



Kertas kerja ini aku edit untuk sahabat di sekolah. Lagipun aku dalam Panitia Sejarah, jadi elok juga menyenangkan kerja kami.

Macam biasa, klik link dan skip ad. Lepastu download. Terima kasih.

KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN

Tuesday, July 9, 2013

RPT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PBS


Ini adalah rancangan tahunan PSK. Saya carikan untuk kawan di sekolah. Kemudian diedit bagi Nampak lebih… apa-apa ajela. Klik link dan SKIP AD J

RPT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PBSTINGKATAN 1

RPTPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PBS TINGKATAN 2


NICE INFOGRAPHIC FROM PRODUCTIVE MUSLIM

Ini adalah sumber infographic yang aku ambil dari website PRODUCTIVE MUSLIM 








CONTOH REKOD TRANSIT UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN


Pepagi ni aku nak kongsi CONTOH REKOD TRANSIT. Aku buat kosong jer. Boleh la nak edit mana yang patut. Klik link dan SKIP AD… ;)

CONTOH REKOD TRANSIT UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN

KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN


Ini pulak adalah kertas kerja yang aku edit dari SM Imtiaz Dungun. Walaupun bukan kerja aku, Panitia Pendidikan Islam dah buat. Ini aku buat untuk berkongsi saja… J

KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN. Macam biasa klik link dan SKIP AD.

PANDUAN PELAKSANAAN IHYA' RAMADHAN SMKA/ SABK

Malam ni nak kongsi bahan ni. Aku ambil dan edit dari website BPI.
PANDUAN IHYA’ RAMADHAN SMKA/SABK
klik kalau nak download. Jangan lupa SKIP AD yer... :)



Sunday, July 7, 2013

CUTI: MACAM BIASA MASAK.

Minggu ni cuti tiga hari. Hari Isnin cuti sempena “Penang World Heritage Day”. Balik kampong, pagi tadi dah mula masak untuk hubby yang suka balik makan kat rumah bila aku cuti.
Resepi simple saja untuk tekak aku dan sesuai untuk anak-anak. Singgang Ikan Aya Terengganu. Semestinya amat sesuai kerana aku orang Terengganu “pure”. Resepi aku main campak-campak ajer.
SINGGANG IKAN AYA TERENGGANU



Bahan:
Ikan tongkol/ aya - 5-6 potong
Asam keping/ asam gelugur – 3-4 keping (ikut suka rasa masamnya)
Kunyit sebesar ibu jari – hiris nipis
Bawang putih – 3-4 ulas, belah 2
Lengkuas – ½ inci, hiris nipis
Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
1.     Susun ikan dalam periuk. Masukkan semua bahan dan air sehingga paras ikan.
2.    Masukkan garam dan biarkan mendidih di atas api kecil sehingga kuah agak kering/ tinggal sedikit sahaja.
3.    Bila kuah agak kering, masukkan air sebanyak mana suka. Biarkan mendidih. Boleh lah dihidangkan.
4.   Boleh tambahkan cili padi sekiranya suka lebih pedas.




Oleh kerana hubby tak gemar ikan singgang (pure Kedah!), jadi aku masakkannya sambal ayam tak cukup bahan J.
Bahannya cukup simple, Cuma…
SAMBAL AYAM TAK CUKUP BAHAN




Bahan-bahan:
ayam diperap bersama
serbuk kunyit
bawang putih
bawang kecil
kicap
Bahan lain:
Sos cili
Madu
Garam
Cara-cara:
1.     Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan perap sehingga wangi.
2.    Masukkan sos cili ikut suka dan ayam. Goreng sekejap.
3.    Masukkan air, madu dan garam. Biarkan sehingga mendidih.

4.   Apabila kuah sudah pekat, bolehlah dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...