SHOOTflySHOOT

Sunday, July 7, 2013

CUTI: MACAM BIASA MASAK.

Minggu ni cuti tiga hari. Hari Isnin cuti sempena “Penang World Heritage Day”. Balik kampong, pagi tadi dah mula masak untuk hubby yang suka balik makan kat rumah bila aku cuti.
Resepi simple saja untuk tekak aku dan sesuai untuk anak-anak. Singgang Ikan Aya Terengganu. Semestinya amat sesuai kerana aku orang Terengganu “pure”. Resepi aku main campak-campak ajer.
SINGGANG IKAN AYA TERENGGANU



Bahan:
Ikan tongkol/ aya - 5-6 potong
Asam keping/ asam gelugur – 3-4 keping (ikut suka rasa masamnya)
Kunyit sebesar ibu jari – hiris nipis
Bawang putih – 3-4 ulas, belah 2
Lengkuas – ½ inci, hiris nipis
Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
1.     Susun ikan dalam periuk. Masukkan semua bahan dan air sehingga paras ikan.
2.    Masukkan garam dan biarkan mendidih di atas api kecil sehingga kuah agak kering/ tinggal sedikit sahaja.
3.    Bila kuah agak kering, masukkan air sebanyak mana suka. Biarkan mendidih. Boleh lah dihidangkan.
4.   Boleh tambahkan cili padi sekiranya suka lebih pedas.




Oleh kerana hubby tak gemar ikan singgang (pure Kedah!), jadi aku masakkannya sambal ayam tak cukup bahan J.
Bahannya cukup simple, Cuma…
SAMBAL AYAM TAK CUKUP BAHAN




Bahan-bahan:
ayam diperap bersama
serbuk kunyit
bawang putih
bawang kecil
kicap
Bahan lain:
Sos cili
Madu
Garam
Cara-cara:
1.     Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan perap sehingga wangi.
2.    Masukkan sos cili ikut suka dan ayam. Goreng sekejap.
3.    Masukkan air, madu dan garam. Biarkan sehingga mendidih.

4.   Apabila kuah sudah pekat, bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...