Bulan Ramadhan adalah bulan untuk semua umat Islam
untuk menjadi lebih produktif. Dalam erti kata bukan sahaja produktif dengan
meningkatkan amal ibadah pada malam hari tetapi juga produktif melakukan
kegiatan pada siang hari. Bulan Ramadhan bukan merupakan bulan untuk kita
memberi alasan untuk tidak terus meningkatkan pencapaian kita.
Jika kita lihat kepada umat Islam dahulu, mereka bukan
sahaja meningkatkan amal ibadah pada malam harinya, tetapi juga berjihad di
jalan Allah pada siang harinya.
Sepatutnya pada bulan Ramadhan umat Islam perlu lebih
produktif kerana hanya perlu memberi tumpuan kepada kerja sahaja, tanpa perlu
memikirkan makan dan minum.
No comments:
Post a Comment