Daripada Jundub bin Abdullah,
katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya
secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah
dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan
– perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana
sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya
(perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan
mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
Orang Islam digalakkan solat
lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan
solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan
(tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang
seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT.
Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada
hamba berkenaan.
No comments:
Post a Comment