Wednesday, July 31, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Monday, July 29, 2013
RAMADHAN DAY 20
Du’a in the last ten days of Ramadhan by Shaikh Yasir Qadhi
“O Allah! Purify our hearts from hypocrisy, and our tongues from lying, and
our deeds from showing off.”
Doa dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadhan oleh Shaikh Yasir Qadhi
"Ya Allah! Bersihkanlah hati kami dari kepura-puraan, dan lidah kami daripada
berdusta, dan amalan kami daripada menunjuk-nunjuk. "
Sunday, July 28, 2013
Saturday, July 27, 2013
Friday, July 26, 2013
Thursday, July 25, 2013
Wednesday, July 24, 2013
RAMADHAN DAY 15
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk semua umat Islam
untuk menjadi lebih produktif. Dalam erti kata bukan sahaja produktif dengan
meningkatkan amal ibadah pada malam hari tetapi juga produktif melakukan
kegiatan pada siang hari. Bulan Ramadhan bukan merupakan bulan untuk kita
memberi alasan untuk tidak terus meningkatkan pencapaian kita.
Jika kita lihat kepada umat Islam dahulu, mereka bukan
sahaja meningkatkan amal ibadah pada malam harinya, tetapi juga berjihad di
jalan Allah pada siang harinya.
Sepatutnya pada bulan Ramadhan umat Islam perlu lebih
produktif kerana hanya perlu memberi tumpuan kepada kerja sahaja, tanpa perlu
memikirkan makan dan minum.
Tuesday, July 23, 2013
Monday, July 22, 2013
Sunday, July 21, 2013
Saturday, July 20, 2013
RAMADHAN DAY 11
Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran
sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai
saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya
orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah
al-Isra’: 27).
Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam
soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang
bermaksud, “…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang
berlebih-lebihan” (Surah al-A’raf: 31).
Friday, July 19, 2013
RAMADHAN DAY 10
Daripada Jundub bin Abdullah,
katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya
secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah
dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan
– perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana
sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya
(perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan
mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
Orang Islam digalakkan solat
lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan
solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan
(tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang
seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT.
Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada
hamba berkenaan.Thursday, July 18, 2013
Wednesday, July 17, 2013
RAMADHAN DAY 8
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa
yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan
menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah
hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan
kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah
tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” (
HR Bukhari dan Muslim )
Tuesday, July 16, 2013
ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS (TINGKATAN 2)
Update: Maaf lupa nak setting share... maaf...
CERPEN
WarkahDaripada Ibu
DRAMA
HemodialisisDi sini Bakti Bersemadi
Inflakasta
PROSA TRADISIONAL
HikayatAnggun Cik Tunggal
PUISI MODEN/ SAJAK
Warkah KepadaGenerasi
PUISI TRADISIONAL
PantunAgama Nasihat Dua KeratPantun Agama Empat Kerat
SyairNasihat Penghujung Thamarat al-Muhimmah
RAMADHAN DAY 7
# Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah
meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
# Bulan penuh keberatan.
# Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
# Amal sunat sama dengan solat fardhu.
# Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
# Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
# Bulan menambah rezeki.
# Memberi buka banyak pahala.
# Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
# 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
# Bulan penuh keberatan.
# Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
# Amal sunat sama dengan solat fardhu.
# Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
# Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
# Bulan menambah rezeki.
# Memberi buka banyak pahala.
# Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
# 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Monday, July 15, 2013
Sunday, July 14, 2013
RAMADHAN DAY 5
Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang
berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda
s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa
baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi
sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu
Khuzaimah)
Wink! Wink! J
Saturday, July 13, 2013
TUKAR PDF KEPADA WORD
Saya
nak kongsi satu link online, sangat hebat. http://www.pdfonline.com/
Boleh tukar fail PDF secara online dan ia adalah cepat. Lepas convert kepada
word, boleh la kita edit fail tersebut dengan senang...
RAMADHAN DAY 4
Assalamualaikum…
Ramadhan Mabrukk! Harini nak
kongsi beberapa hal tentang Ramadhan… J
Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat
terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Friday, July 12, 2013
KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN
Kertas kerja ini aku edit untuk
sahabat di sekolah. Lagipun aku dalam Panitia Sejarah, jadi elok juga
menyenangkan kerja kami.
Macam biasa, klik link dan skip ad. Lepastu download. Terima kasih.
Tuesday, July 9, 2013
RPT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PBS
Ini adalah rancangan tahunan
PSK. Saya carikan untuk kawan di sekolah. Kemudian diedit bagi Nampak lebih…
apa-apa ajela. Klik link dan SKIP AD J
RPT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PBSTINGKATAN 1
RPTPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PBS TINGKATAN 2
NICE INFOGRAPHIC FROM PRODUCTIVE MUSLIM
CONTOH REKOD TRANSIT UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN
Pepagi ni aku nak kongsi CONTOH
REKOD TRANSIT. Aku buat kosong jer. Boleh la nak edit mana yang patut. Klik link
dan SKIP AD… ;)
CONTOH REKOD TRANSIT UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN
KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN
Ini pulak adalah kertas kerja
yang aku edit dari SM Imtiaz Dungun. Walaupun bukan kerja aku, Panitia
Pendidikan Islam dah buat. Ini aku buat untuk berkongsi saja… J
KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN. Macam biasa klik link dan SKIP AD.
PANDUAN PELAKSANAAN IHYA' RAMADHAN SMKA/ SABK
Malam ni nak kongsi bahan ni.
Aku ambil dan edit dari website BPI.
PANDUAN IHYA’ RAMADHAN SMKA/SABK
klik kalau nak download. Jangan lupa SKIP AD yer... :)
Sunday, July 7, 2013
CUTI: MACAM BIASA MASAK.
Minggu ni cuti tiga hari. Hari
Isnin cuti sempena “Penang World Heritage Day”. Balik kampong, pagi tadi dah
mula masak untuk hubby yang suka balik makan kat rumah bila aku cuti.
Resepi simple saja untuk tekak
aku dan sesuai untuk anak-anak. Singgang Ikan Aya Terengganu. Semestinya amat
sesuai kerana aku orang Terengganu “pure”. Resepi aku main campak-campak ajer.
SINGGANG IKAN AYA TERENGGANU
Bahan:
Ikan tongkol/ aya - 5-6 potong
Asam keping/ asam gelugur – 3-4
keping (ikut suka rasa masamnya)
Kunyit sebesar ibu jari – hiris nipis
Bawang putih – 3-4 ulas, belah 2
Lengkuas – ½ inci, hiris
nipis
Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
1.
Susun ikan dalam periuk. Masukkan semua bahan dan air sehingga paras
ikan.
2.
Masukkan garam dan biarkan mendidih di atas api kecil sehingga kuah agak
kering/ tinggal sedikit sahaja.
3.
Bila kuah agak kering, masukkan air sebanyak mana suka. Biarkan mendidih.
Boleh lah dihidangkan.
4.
Boleh tambahkan cili padi sekiranya suka lebih pedas.
Oleh kerana hubby tak gemar ikan singgang (pure Kedah!), jadi aku masakkannya sambal ayam tak cukup bahan J.
Bahannya cukup simple, Cuma…
Bahan-bahan:
ayam diperap bersama
serbuk kunyit
bawang putih
bawang kecil
kicap
Bahan lain:
Sos cili
Madu
Garam
Cara-cara:
1.
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan perap sehingga wangi.
2.
Masukkan sos cili ikut suka dan ayam. Goreng sekejap.
3.
Masukkan air, madu dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
4.
Apabila kuah sudah pekat, bolehlah dihidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)